Khamis, 3 Oktober 2013

Anak Kecil Obesiti

Saya ada seorang kawan dan sering mengadu anaknya mengalami kenaikan berat badan yang sangat drastik.
Bagaimana nak mengatasinya..????
Disini saya ada senaraikan jenis-jenis makanan yang memang tidak boleh diambil oleh kanak-kanak.


Sangat Penting mengawal tabiat makan kanak-kanak.

Beberapa hari yang lepas, ibu terpandang di FB gambar yang dikongsikan oleh seorang kawan tentang seorang kanak-kanak  yang berbadan sangat besar dalam usia 5 tahun. Keadaan ini lebih popular disebut obesiti.Hmmm.. Obesiti tu apa ya?  Ibu google makna obesiti; Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
 Risau juga kan? Dengan gaya pemakanan dan gaya hidup serba moden ni, kemungkinan untuk anak-anak zaman sekarang untuk obesiti adalah tinggi